Friday, 10 April 2015

Cinta Tak Direstui #1

Di satu pagi yg hening, mak tiba-tiba panggil nama aku hahah da kenapa ayat cam karangan BM ni. Eh tp betul memang mak ada panggil. Ingatkan kenapa rupa-rupanya nak tunjuk 1 gambar lelaki ni ha tour guide dia masa buat umrah bulan lepas. Orang tu whatsapp mak tanya ada anak perempuan tak. Ah sudah aku panik dah tu tp muka keep calm lg, "hmm mak reply apa?". "mak cakap ada..". Ok semakin panik peluh merecik-recik (ok peluh tu tipu) hahahah "tp mak cakap anak mak sekolah lg..". Phewww tenkiu mak ai lap yuuu!

Hahahah gila betul pagi-pagi kena terjah macam tu. Sambil mak berlalu pergi ntah berapa kali dia ulang "baik budaknya..blaa3". Hmm mak mak..kalau lah mak tahu apa perasaan aku ni kan. Tapi mak tak tahu. Selagi mampu, memang akan aku simpan je apa yg aku rasa. Bukan tak nak kahwin mak semua orang pun nak kahwin, ada family sendiri sampai bila mak nak jaga alang (family panggil) kan. Mak bukan makin muda. Kesian kat mak. Dah 26 tahun dah haa anak mak yg sorang ni. tp tak lepas-lepas lg (kahwin).

Hmm tak nak ingat tp teringat jugak la. Dah 4 tahun rupanya, cinta putus di tengah jalan (cewahh ayat kemain!). Tp mesti ke di tengah jalan? Tepi jalan tak boleh ke hahah whatevs. Haih. Berbalik kepada cerita, masa tu bukan salah aku & bukan jugak salah dia. Takde siapa yg curang takde siapa yg tak cinta. Tp tiba-tiba je cinta tak direstui keluarga...

(to be continued)

4 comments:

  1. tgamak ko to be continued.. aku dh dlm keghairahan membace..

    ReplyDelete
  2. assalam cik ros..bila nak continue cerita ni..btw sy pn mengalami nasib yg sama..sedih sgt smpi skrg...

    ReplyDelete
  3. assalam cik ros..bila nak continue cerita ni..btw sy pn mengalami nasib yg sama..sedih sgt smpi skrg...

    ReplyDelete