Saturday, 25 April 2015

Europe Trip Day #6 - Bonjour Paris

Previous post; Europe Trip Day #5 - Bruges & Atomium

21st June 2014

Jyeahh hari yang dinanti-nantikan telah tiba! Hahah macam iklan perabut plak kau kan. Paris here we come hehehe. Along & kawan-kawan dah habis training so dorang memang dah plan sambung cuti seminggu nak jalan-jalan. So, pagi-pagi lg dah keluar dari apartment best, bas pergi Paris pukul 9.00am ok risau dah kot tak sempat ke tertinggal ke dengan masing-masing bawak backpack, luggage, beg kecik dengan handbag bagai. Aku? Sling bag, backpack besar anak gajah berat ya ampunnn pastu tolong bawak beg kecik Along lagi hmm gagah sangat.

Tudiaaa bagssssss penuh tram
Naik bas pergi Paris of course sebab nak jimat kan amik low cost coach gitu. Since nak pergi Paris ni kawan Along yg uruskan, makanya terlupa jot down harga tiket dengan kat mana naik bas nye. Iols update later k tu pun kalau jumpa la hahhahah. Boleh baca ni (link) kalau nak tau pasal travel by bus tu.

Pagi nak kejar bas ni stress sikit sebab sesat beramai-ramai bersama beg-beg berat dengan masa tu dah nak 9.00am. Tanya orang tp ramai tak tau rasa cam tak jadi pergi je dah tu. Akhirnya, berkat doa & kesabaran eceyhhh terjumpa la tempat tu. Belakang shopping mall wehh mana nak nampak kan berlari-lari la kejar bas lg 15 minit nak gerak. Bear in mind, dorang ni everything on time. Kau sampai 9.01am, bye-bye.

Dalam bas semua pun tidur ye dah takde bende nak buat wifi dalam bas problem hmm baru nak kagum ada wifi. So, dalam 4-5 jam jugak nak sampai Paris. Bas ni ada la berhenti sekali je kat tepi jalan (ok tipu) hahah berhenti kt R&R gitu kot. Tak lama pun rushing jugak la pergi toilet & beli roti ke air ke.

And bonjour Paris! Hihi sampai dah weols kt stesen bas. Gigih lah seret luggage masing-masing turun naik tangga metro (subway). Lelaki Perancis romantis? Puiih. Hahaha takde siapa yg menolong semuanya menonong! Orang-orang oversea ni (Korea jua) semuaaaaa jalan laju-laju ailaikkk memang totally jauh beza dengan orang Malaysia yg jalan lemah lembut. Tu belum yg buat meeting tengah jalan, usha barang dari kejauhan tp berdiri tengah jalan kan. Acah emo nampak hehe. Ok bebel punya bebel sampai dah kat hotel.
Our stay in Paris
Hotel Hipotel. Err macam cipotel (cheap hotel) kan? Tak tau nak nangis ke tak. Memang bad review pun tp since ni yg paling murah, kawan Along pun booked yg ni. Redha je la. No breakfast whatsoever ye, toilet & shower share-share sharing is caring, tilam mendap & bantal berketul-ketul. Nasib lah travel ni penat memang lelap lah kalau tidur atas batu pun. Tp syukur ada jugak kan tempat nak tidur kat sini. Letak-letak beg je pastu turun cari makanan. Azab gila bawak naik segala beg td bilik kt tingkat 3. Kau ghase? Huwaa lapar gilos seharian tak makan. Tepi Cipotel tu ada kedai kebab yg halal gitu terus lah masuk makan. Kisah time makan ni tak yah cerita la tak ayu langsung masing-masing hahahah!

Then jalan-jalan pergi sini..
Sacré-Cœur (The Basilica of the Sacred Heart of Paris)


The girlsss hehe

Along the way down from Sacré-Cœur kiri kanan souvenir shops. Beli jangan tak beli

Street performance best

Arc de Triomphe de l'Étoile kekeke tak reti sebut k :P
Beli souvenirs Paris siap-siap dah tadi takut tak jumpa kat tempat lain. Hihi ok dah tu je dulu ea?

So, expenses for today;

21 June 2015
1. Late lunch (burger) - €4.00
2. Souvenirs - €10.00
3. Mineral water - €1.50
4. Metro ticket - €13.70

Total = €29.20

p/s: Hotel dengan bas iols update later k hihi :D

Bon nuite!
The Eurotunnel, more commonly called the Chunnel, is a 31-mile undersea railroad connecting England's southern shore to northern France. Traveling more than 200 feet below the English Channel on high-speed Eurostar trains or one of the vehicle transport trains is quick and easy

Read more : http://www.ehow.com/how_8053764_go-through-channel-tunnel.html
The Eurotunnel, more commonly called the Chunnel, is a 31-mile undersea railroad connecting England's southern shore to northern France. Traveling more than 200 feet below the English Channel on high-speed Eurostar trains or one of the vehicle transport trains is quick and easy.

Read more : http://www.ehow.com/how_8053764_go-through-channe

No comments:

Post a Comment