Saturday, 27 June 2015

Europe Trip Day #9 - London Bridge, Laduree & Big Ben

Previous post; Europe Trip Day #8 - London

24th June 2014

Ok gigih ni tak tidur lepas sahur nak menghabiskan cerita Europe trip tahun lepas hahahah dah setahun! Ala2 throwback lah ni ye. Pagi2 bangun breakfast sama2 kt hostel, bilik Along dgn husband tingkat 4, aku tingkat 3, jumpa kt pantri je. Senang. Bagusnya hostel ni pantri dia besar, banyak meja, peti ais, dapur, oven, microwave oven etc memang macam kt dapur sendiri. Feels at home gitu.
No.8 Hostel Willesden
5-10 minit walking distance Google cakap tp aku rasa lg lama je. Azab kot mengangkut beg berat bagai semalamnya tu. Gambar cantik kan tp bila sampai dalam hostel tu mcm gothic2 sikit & kt bawah ada pub. Area atas ok. Harga boleh usha sendiri k? After breakfast, Along rebus macaroni pastu gaul2 dengan tuna dalam tin yg boleh buat goreng2 tu, buat sandwiches dgn sebuku roti, buat air teh o, ok siap dah la packed lunch kitorang. Jom!

Tadaa! Morning walk along River Thames uols (London Riverside) hehehe
Masa sampai riverside ni macam blur mana London Bridge niii. Then tanya je la kt orang2 kt situ. Malu bertanya sesat jalan plak nanti. Ni haa London Bridge. Kt start point 'The Queen's Walk'.

Laa yg belakang Along & BIL tu ke? Mcm jalanraya biasa je -_______-
Tower Bridge
Model Tower Bridge 2014 kekekeke
So Tower Bridge lg menarik kot memang banyak bergambar dgn Tower Bridge je la kan hehehe.

Sisters. Gambar ni should be framed kan? :)
Jalan sepanjang riverside ni lepas tu crossed Tower Bridge nak pergi yg seberang sana plak.


Lepak taman makan jap & study map
Dah boring kt sini, pergi Harrods jap sebab ada orang tuuu teringin Laduree. Hahh siapa lah tu kan hahahah tp Harrods pun bosan. Tak mampu pun. Mampus milik ada la. Orang sana shopping kt Harrods macam shopping kt Tesco je. Laduree ni kira top premier macarons & desserts seller. Nak lepak minum english tea tak mampu kan so singgah beli je. Beli yg paling murah 6 pieces 1 box; £14.00 haipp jangan convert pejam mata, bayar, blah (ahaks!)

Next! Buckingham Palace. Ramai orang uols! Pening jap tengok rakyat jelata mengerumuni istana.

Ramai kan?
Tp di sebalik pagar ni takde plak orang. Musykil betul.
Jalan sikit ke depan ada St James Park. Best banyak binatang tak payah pergi zoo. Redup je jalan2 dalam park ni. Lama sikit kt park ni sebab berhenti picnic hehehe.

Jinak-jinak merpati (padahal nk makanan je)
Tupai banyak. Yg ni tak takut orang datang dekat
Duck cantik. Eh itik kan ni?
Dah picnic, beli ice cream jap £1.80 then sambung jalan kaki nak cari Big Ben plak.

Hi Big Ben!
The red telephone booth.
Double decker.
Cantik church ni.
Last sekali, London Eye! Tak naik pun jimat2 duit ni so memang typical #villagepeople hahahah bergambar je la.

London Eye
Ok dah petang camtu, balik hostel la. Takde aktiviti selain berjalan je kan. Kaki dah sakit. BIL dah lesu. Meh la balik berehat. Malam cam biasa la dinner maggi.

So, total expenses Day #9;

24th June 2014
1. Laduree - £14.00
2. Ice cream - £1.80

Total = £15.80

2 comments:

  1. hai sis.. sis beli ke x sis tiket murah AA aritu..

    ReplyDelete