Monday, 3 August 2015

Krabi-Phuket-Hatyai (Part 1)

Sawadikaa..

Lepas raya tahun lepas, BFF iols Sirah ajak pergi Krabi.. hehe takkan lah tak nak? Tapi overland la since flight mahal2 belaka. Walaupun tengah berhempas pulas buat final account masa tu, tetap lah nak pergi bercuti kan. Weols pergi tu 10-13hb Oktober 2014.

Sehari sebelum pergi, hari tu still kena finalised that final account. Dengan belum packing apa2, pukul 6 pun bos dok cari2 aku lg ok. Susah betul jd orang penting camni huh! Sampai terpaksa tipu sunat cakap aku kena balik dah nak catch flight pukul 9. Lols flight dalam mimpi letew.

10 October 2014

Ke Krabi lah kita!

Aku naik bas pukul 12 tengah malam ke Penang then jumpa Sirah yg memang dok kat sana. Pukul 4 pagi sampai, dia pick-up kat stesen bas Sg. Nibong. Masa tu 2 orang kawan Sirah dah sampai & tengah tidur. Sempat la lelap mata jap lepas tu pukul 8 gerak ke Bukit Kayu Hitam. Ada sorang kakak yg follow weols drive kan ke sana. Kereta memang park kat sana. Then, chartered van datang pick-up.


Kat border Siam kena beratur panjang ok since hari tu Jumaat, weekend plak hmm dah beratur panjang nak cop passport then on the way tu stop kat Chana sat, pick-up sorang lg kawan Sirah which is planner for our trip ni. Mr. W. Ihiks! Tak boleh dedah identiti sebab... nanti cerita. Hehehe.

Diorang ni pergi solat jumaat dulu then pukul 3 camtu, baru gerak ke Krabi. Ada la 4-5 jam perjalanan tp semua pun tidur sebab wifi dalam van rosak. Hampeh.

Crab = Krabi?
Sampai kat Ao Nang, check in budget hotel dulu then dinner dekat2 situ je. Happening sangat Ao Nang ni kiri kanan banyak kedai. Baju, beg, seluar pantai, souvenirs semua ada tp tawar2 dia tak bagi kurang sangat pun. Maybe sebab area tourists. Ceit.

5 orang perempuan je uols ramai yg cancel.


Lepas dinner, jalan2 Ao Nang je then balik tidur. Diorang ni ada yg beli seluar la souvenirs la beg la tp aku tak beli pape. Eh yeke? Hahhaha esok pagi janji pukul 8 nak berkumpul then island hopping & snorkelling. Weehuu! Tak sabar nak tunjuk skill menyamar dugong kekekeke.

Kbai!

1 comment:

  1. masuk dgn kereta..ingat naik flight tadi :-)

    ReplyDelete