Monday, 17 August 2015

Krabi-Phuket-Hatyai (Part 3)

Previous post; Krabi-Phuket-Hatyai (Part 2)

Sambungan..

"Tak nampak ke depan tu? Tuuu depan tu"
"Apa dia?"

...

"Masa depan kita.."

Ehhhh berdarah hidung dengar W cakap camtu tau hahaha ewahh pick-up line dia I cannot.. hahahahah kuat aku gelak lepas tu aku jawab tak nampak. Ye lah masa ni takde feeling. Baru 2 hari jumpa kan hahahahah lawak la! Lepas tu kt Hard Rock sambil2 tunggu kawan2 shopping baru la aku perati si W ni.. hmm not bad gak dia ni. #angkatkening

Hehehe..berangan sangat! Orang tu bergurau je kot kan.

12 October 2014

Pagi kat Phuket ni jalan2 kat Promthep Cape. Actually, tempat ni famous untuk orang layan sunset tp petang nanti tak lalu sini dah sebab kena balik Hatyai. So, datang pagi. Cantik tempat ni.




Lepas tu teruskan perjalanan nak pergi Phang Nga Bay, tapi before tu ada singgah Sarasin Bridge (Sa Phan Sarasin). 1 jam setengah dari Promthep Cape tadi. Acik driver cakap kat bridge ni sejarahnya ada couple yg saling menyintai bunuh diri. Gitu ko seram jugak ni hahahah. Kalau acik driver tipu means aku tipu jugak la ni. Kahkah tengok sini la nak tahu sejarah dia.

Bridge ni pun famous untuk tengok sunset mengadap Lautan Andaman gitu. Fefeeling romantik sangat! Hahah actually bridge ni sambung Phuket dengan Phang Nga Bay yg kitorang nak pergi tu. Ada 2 towers as viewpoint kt bridge ni. Recommended untuk singgah pukul 5-7 gitu.






Kurus la konon melengkung camtu hahahah. Sampai Phang Nga Bay takde amik gambar plak. Tau2 je da naik bot. Wehuu! Lunch dekat kampong terapung ni tak ingat nama Panyee kot then terus ke James Bond Island.



Sedap gila semua lauk tp mengah nak habiskan. Ada soft-shell crabs uols. Jadi tak larat sebab semua pulun minum air je panas gila baq hang!



Jalan2 kampong terapung ni siap ada court futsal. Kerlas. Bola jatuh dalam air nanti kena terjun la nak ambil balik kan. Kat sini ada 1 masjid besar yg cantik & 1 sekolah tp keadaan sekolah agak daif la. Masa kat sini, kitorang yg perempuan ni sesat hahah kesian.



Lepas lunch & solat kt sini, mari la kita ke James Bond Island. Haa time ni memang tak keep track masa pun terlajak ada la hahahah marah acik driver sebab lambat balik dari James Bond Island. Kenapa James Bond Island? Mesti lah sebab James Bond berlakon kat sini dulu kan hehe terus famous ye.






Overall takde apa sangat kt situ, memang datang semata-mata bergambar je sana sini. Agak sempit la kalau tourists ramai2 sekaligus datang. So, next! Balik Hatyai uols. Sampai Hatyai dah malam, nasib baik W dapat cari hotel. Kalau tak tidur rumah W. Eh? Hihi

Esok jalan2 Hatyai ok sebelum balik. K bye!

2 comments:

  1. james bond island..tempat wajib bergambar...batu sebiji tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah ape la yg menarik dgn batu tu ye hehehe

      Delete