Monday, 21 September 2015

Seoul Searching 2014 - Day 1

Harini hujan sangat lebat. Petir berdentam-dentum, aku tengok kat jalan kereta bersimpang siur. Ahh macamana nak balik ni. Aku dah mengantuk nak mengadap kerja dah pukul 7 dah pun.

Cewahh intro macam novel kihkih. Sorry! Ni yg atas ni intro bila ni aku peram je tak publish2 hahaha sekarang ni tengahari ni uiii lapar!

Sebenaqnya nak habaq mai sempena promo Air Asia Free Seats hari tu makanya terbeli (ter la sangat) lg tiket to Seoul uolsss! Tak sabarnya nak balik kampung halaman! Tahun depan nak pergi, cerita tahun lepas pun tak update lg kan hahahah meh nak cerita sikit...

22 November 2014

Flight to Incheon, Seoul tengah malam; 1.00am gitu so memang tidur je & sampai 8.20am. Dengan tak mandinya terus singgah beli susu pisang! Hahah benda pertama aku memang target nak beli. Mula2 rasa pelik lama2 eh sedap susu ni. Start dari hari sampai, hari2 pun breakfast susu pisang. Siap beli banyak2 masa last day sebab nak bawak balik.

Brand ni paling famous & sedap; Binggrae
Beli kat 7-Eleven je uols. Jangan lupa beli T-money card ₩3,000 and reload ₩20,000. Penting ni untuk naik subway nanti. Aku & Nadia stay kat Girls Generation Hostel so nak pergi ke hostel, cari Airport Limousine Bus 6015 kat Gate 5, naik, bayar tambang ₩9,000 (tambang sebenar ₩10,000). Sila print & tunjuk ni untuk diskaun ₩1,000.


Route map Airport Limousine Bus #6015
Berhenti kat Euljiro-4 ga Kukdo Hotel bus stop then turun2 tu bila mengadap Kukdo Hotel, sila ke kanan, nanti Nampak Euljiro-3 ga subway station, belok kiri, nampak balai polis sebelah kiri, jalan sikit sampai jumpa satu lorong kecik haa belok kiri. Pastu jumpa la bangunan Arista, GG (Girls Generation) Hostel ada kat level 3. Phew.

Kitorang booked dorm room untuk 4 malam ₩42,750 (per pax; private bathroom) & single room untuk 1 malam ₩33,250 (per pax; private bathroom). Haa 1 malam lg kitorang kat Busan so that's why balik je dari Busan, masing2 stay kat single room. GG Hostel ni compact je uols tapi ada pantry which ada nasi putih free flow (tengah malam pun nasi hado jeee), ada mesin basuh, iron & iron board kt corridor (share2), luggage room & dia ada provide hanbok rental service for free. Wahh gitu.

Lepas uruskan check-in & balance payment, kitorang simpan luggage kejap (bilik belum ready) then pergi lunch cholpan poggembap (nasi goreng seafood) kat Yoogane. Ni kat area Myeongdong tau. Yang best nasi goreng ni dia goreng depan mata kita ok uishh menitik air liur sementara tunggu goreng hehe harga ₩8,000 per pax.

How to get to Yoogane? - Myeongdong Station Exit 7 - From Myeongdong main road straight to the junction until u see Nature Republic on the left. Turn right and then straight until you reach left junction. You can see Yooganey's signboard.

Paling sedap kat Yoogane ni dah tentu lah side dish dia ni. Kubis racik halus2 then dressing dia adalah mayonis berperisa epal hijau. Sangat sedap & fresh! Free flow lg so memang dok tambah side dish ni je hahahah.

Nampak tak kubis tu? Omnomnom (google image)
Dah kenyang, kitorang jalan2 Namdaemun. Keluar subway ternampak twist potato (street food #1 : twist potato ₩3,000). Hajat di hati nak beli high cut boots baru lah fefeeling di overseas gitu. Walaupun boots agak mahal tp terpengaruh jugak beli sebab cantik & oppa (abang) kedai layan sangat baik. Lemah betul kalau orang baik2 dengan kita ni tau benda mahal pun sanggup beli. #cry

How to get to Namdaemun? - Subway Line 4, berhenti kat Hoehyeon Station exit 5 kuar je exit (exit ni menyenget tau so terus je ke kanan atau dengan erti kata lain ke belakang la) belok kanan jalan sikit nampak bangunan kaler hijau oren.

Satu lg tempat wajib pergi kat Namdaemun adalah kedai brooch kat Level 2, kedai No. 209 (famous gila dah ahjumma (makcik) ni). Best kedai ni sebab ahjumma baik & pemurah senyuman. Aku ada usha kedai lain jual cincin kan dok try2 kat jari manis yg runcing ni tetiba kena sound "cannot try!". Like hello! Macamana aku nak beli cincin kalau tak try kan? Dah la kau bukan jual emas ke apa ntah2 stainless steel je omg major turn off terus blah dari building tu.

Perjalanan mencari boots diteruskan sambil terhibur dengan gula tarik. Ahjussi (pakcik) tu pandai cakap melayu hahahah Nadia je beli aku tak. Lepas shopping2, balik hostel, masuk bilik & berehat2.

Malam pertama kat Seoul kononnya nak makan ikan bakar Jeonju Sikdang tp sebelum tu nak usha lantern festival along Cheongyecheon stream. Macam anak sungai je, cetek tp boleh jalan2 tepi tu. Turun tangga ke bawah daripada jalan besar sekali ramai gila orang! Pergh meriah nampak festival ni. Kitorang imagine colourful & unique lanterns dilepaskan kat air tp rupa2nya macam I-city jeee (walaupun tak pernah jejak I-city).

Tak boleh tahan dengan orang sangat ramai, sesak tak boleh jalan, perut lapar, kitorang pun naik balik atas nak cari ikan bakar.

Jalan punya jalan sekali tersesat! Mana ikan bakar ni tak jumpa? Yg terjumpa tu 1 stall yg ramai sangat orang kerumun. Rupa2nya jual hotteok (street food #2 : sejenis pancake bergula, ₩1,000) haa ape lg, mesti lah kena try kan. Sedap gila weh! Menyesal beli sorang 1 je. Seterusnya, tetap sesat dan sesat. Tak tau ada kat mana dah dengan cuaca sangat sejuk, perut sangat lapar. Kitorang jalan je dengan harapan terjumpa mana2 subway station.

Nasib baik terjumpa Lotteria. Terus masuk order shrimp burger ₩6,300 (1 set) & makan dengan rakus (Nadia la, bukan aku) kihkih. Lega perut. Lepas tu jalan depan sikit terjumpa subway station. Syukur! Dah2, mari pulang ke pangkal jalan.

Day 1 expenses;

22 November 2014

1. T-money card - ₩3,000
2. T-money topup - ₩20,000
3. Banana milk - ₩1,300
4. Airport Limousine Bus - ₩9,000
5. Namdaemun - ₩178,000
6. Lunch @ Yoogane - ₩5,500
7. Air - ₩3,300
8. Hotteok - ₩1,000
9. Lotteria shrimp burger meal - ₩6,300 (1 set)

Total = ₩227,400 (~RM723.15)

5 comments:

  1. Jumpa Girls Generation tak kat hotel tuuu? hahah

    Takde gambo pon rosssssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerr malas tepek gambo hahahah adoii

      Delete
  2. Bestnyer banana milk....rindu korea....eh tetiba....

    Hi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :D

      Kalau rindu banana milk tu blh beli kt isetan food market hehe

      Delete
  3. girls generation hostel? harga mcm murah...boleh try stay kat sini plak lah for next visit sbb yg penting ada pantry :p

    ReplyDelete