Thursday, 22 October 2015

Seoul Searching 2014 - Day 2

Seoul Searching 2014 - Day 1

23 November 2014

Annyeong! Hari kedua uols macam tak percaya ada kat Seoul ehehehe mengada. So hari ni leisure2 je nak pergi Insadong, Ewha Uni, Cats Café & Korean BBQ Lamb Restaurant.

How to get to Insadong? - Jonggak Station, Line 1, Exit 3 - Walk 300m straight, turn left. Then, 100m straight & veer left into Insadong alleyway.

Sebelum pergi Insadong, weols cari kopi dulu acah hipster kan singgah lah Hollys Coffee beli hot latte ₩5,800. Posing2 sikit dalam café & semestinya mahukan free wifi kan kan.

Selfie is a must. Nampak boots baru iols tu? mihmih
Agak2 dah tak sejuk tu berjalan kaki la weols ke Insadong. Dari Hollys ni kena lintas jalan sebab Hollys ni dekat corner simpang 4 yg besar so kena 2 kali lintas. Paham ke idok? Hahah buat2 faham je la ye. Sepanjang jalan Insadong ni banyak kedai2 jual makanan, beg2 & souvenirs. Ok souvenirs kita borong jap lg yg penting nak cari kuih tahi dulu. Eh?

Insadong




Tu diaaa shit pang (kuih tahi)
 
 

Kuih tahi ni masing2 beli 2 jenis inti; coklat & kacang merah untuk ₩2,000. Sedap makan panas2! Hahah kemain kuih tu siap ada bulat2 konon lalat letew hahahah sambil makan kuih sambil jalan2 sekitar Insadong. Snap gambar sana sini lepas tu pulang lah ke pangkal jalan. Hehe. Stop jap beli jipangi @ aiskrim tongkat ₩3,000 je. Sedap niii! Tp memang tak tahan sejuk la. Macam gila jugak sejuk2 beli aiskrim kannn. Sekarang ni jipangi ni ada jugak jual kat KL so tak yah sampai ke Seoul nak merasanya pun. Avenue K pun hado!

Oppa aiskrim

Jipangi
Sebelum betul2 pulang ke pangkal jalan haruslah membeli2 hehe ada la aku beli 3 bagpack style korea tu & souvenirs, ₩59,000 semuanya. -_________-

Lepas Insadong, nak pergi Ewha University. Uni ni uni perempuan ok so what to expect? Shopping! Kehkeh kat sini jugak ada noodles restaurant, Nipong Naepong. Before nak shopping bagai, jom kita lunch dulu.

How to get to Nipong Naepong @ Ewha Uni area - Ewha Women Uni Station, Line 2 - Exit 3 - walk down the hill towards the main entrance of EWU and turn right on the 1st junction. Walk up the hill about 20 meters and the restaurant is on your left.

Ok aku order Japanese Pong ₩6,500. Portion dia agak besar so kalau nak share pun ok. Kitorang ni dasar bengkak (bengkak lebih sopan daripada gemuk. Ihiks!) so memang sorang 1 pong. Tak ingat plak Nadia order pong apa. Air kitorang tak order pun sebab ada air kosong free disediakan hehe.

Lepas lunch kitorang jalan2 sekitar Ewha Uni..



Cantik & bersih je kawasan diorang ni. Cuaca pun sejuk2 je matahari macam takde. So, lepas Ewha Uni ni kitorang nak cafe hopping pulak. Cats cafe & sheep cafe. Hehe jom!

How to get to Cats cafe - Alight at Hongik University Station (Line 2) Exit 9. Once out of Exit, walk a short distance straight to the main road, then turn left. You should now be walking along the main road. Walk till the end till you meet the entrance of Hongik University. Do not cross the street towards Hongik University. Cross the street on your right (if you are facing Hongik University). Walk a little distance and you will meet a slip road, walking uphill. Take that slip road. On the left of the slip road is the Hongik Children Park/ Playground. Walk uphill about 100m till you see Art Box at a distance. Look out for Toms Cat signboard on your right. Signboard is in orange colour with a black cat paw and sign says 3F Cat Cafe TOMS CAT.

Uish gilo panjang direction hahahha tapi malangnya bila sampai situ, cafe tu dah tutup! Arghh tidak! Tak jauh dari situ (aku pun tak ingat dah sebenarnya) ada lagi cats cafe tp penuh, orang tak bagi masuk. Ceit. Pulanglah dengan kehampaan but fret not, sheep café a.k.a Thanks Nature Café hado! Tak ramai orang pun so singgah la. Penat kot berjalan. Sheep café ni dekat main road sebelum nak sampai Hongik Uni tu tadi.

Taraaa! Sheep! Yg ni Anna ke Elsa ntah hehe
Deco dalam cafe pun haruslah sheep
Sheep ada sinyummm

Nadia the moo & mbekk lover. Me? Meow lover of course!
Sebenarnya, kaki aku sakit gila pakai boots. Terdengkut2 je berjalan or bak kata Nadia, berjalan ala maharaja (slow & terkedek2). Tp since dapat melepak kedai kopi rasa lega sikit la. Lepas tea time kat Thanks Nature Café ni kami pun balik hostel rehat kejap & aku nak tukar kasut biasa. Malam ni nak ikan bakar hunting lg. Tak puas hati tak dapat ahahhaha.

Nasib baik malam tu tak sesat dapat lah makan ikan bakar kat area Dongdaemun tu. Jangan tanya direction please confirm dah tak ingat. Hehe ok lah pai pai (bye2 yg bajet comel) nanti sambung cerita lagi ok duu~

Day 2 expenses;

23 November 2015

1. Hollys Coffee - ₩5,800
2. Bag x 3 - ₩30,000
3. Kuih tahi x 2 - ₩2,000
4. Souvenirs - ₩29,000
5. Jipangi - ₩3,000
6. Japanese ppong - ₩6,500
7. Knitted shirt & muffler (underground shopping) - ₩15,000
8. Thanks Nature Café - ₩8,700
9. Dinner ikan bakar @ Dongdaemun - ₩7,500

Total = ₩107,500 (~RM338.65)

p/s: tolong jangan ikut aku yg terlebih shopping ni ok! =.=

2 comments:

  1. perghh...cantik boots dan spring coat tu....org kurus pakai apa pun cantik :-)

    kuih tahi? kih kih kih...aiskrim tu wajib mkn kalau ke insadong

    arghh baca entri ni rindu Seoul sob sob sob

    ReplyDelete
  2. Masa aku gi Seoul tak jumpa pulak ko, hehe lama dah entry ni weh, bila nak update baru ni

    ReplyDelete